Maklumat Album Volume 1 (album Raja Ema)

Menggunakan khidmat Kesuma Booty, Surya Booty dan Fauzi Marzuki sebagai pencipta lagu. Manakala Habsah Hassan, Seri Bayu dan Lukhman S dalam penulisan lirik. Lagu yang paling popular dalam album ini iaitu Jejaka Idaman, ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Herman Tino. Dengan rentak yang simple serta bawaan lagu dengan suara manja Raja Ema ia menjadi lagu kegemaran semua sekitar tahun 1985 dan 1986. Selain lagu tersebut sebuah lagu lain yang turut popular dan menjadi kegemaran pendengar iaitu Di Pertemuan Ini. Lagu ini merupakan lagu pertama yang mempunyai klip video khas yang tidak dirakam di studio atau rancangan hiburan TV, tetapi ia dirakam untuk lagu tersebut dan penggambarannya dibuat di sekitar jalanraya di Kuala Lumpur. Lagu lain yang popular iaitu Perpisahan Jua, Kau Tidak Peduli, Kerana Aku Tidak Lagi Bermimpi, Kekasih Sepi dan Ku Berjanji (duet dengan Isma Alif yang mana sebelum dia merakam album penuh, Fauzi Marzuki memberi peluang kepadanya untuk cuba menyanyi dalam lagu ini).